Sunday, January 18, 2009


Mr Bean


Fazleen Bte Karlan
4L1

Nama Mr Bean sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Singapura. Syarikat yang dimiliki Encik Kang Puay Seng dan rakannya Encik Loh Jwee Poh menjual produk makanan dan minuman yang dibuat daripada kacang soya. Ia juga telah memenangi anugerah jenama terbaik buat tiga tahun berturut-turut anjuran Persatuan Syarikat Kecil dan Sederhana (Asme) dan anugerah jenama paling popular.

Daripada sebuah cawangan di People's Park Food Centre, syarikat Mr Bean kini sudah berkembang dan memiliki 50 cawangan di merata Singapura. 17 daripada jumlah cawangan-cawangan Mr Bean terdapat di stesen-stesen MRT. Ini merupakan strategi untuk menarik lebih pelanggan kerana stesen MRT sentiasa sibuk terutama sekali pada waktu pagi apabila ramai orang sedang menuju ke tempat kerja dan pada waktu petang apabila ramai orang pulang ke rumah. Berbekalkan semangat yang kuat dan fikiran terbuka serta usaha gigih kedua-dua pemilik syarikat, Mr Bean kini sudah berjaya mengukir nama di dalam industri pemakanan. Tidak dapat dinafikan Mr Bean digemari oleh semua lapisan masyarakat, baik yang muda dan juga yang lebih tua.

Mr Bean juga sudah berkembang dari segi kepelbagaian produk-produk yang dijual. Mencipta sesuatu yang unik dan baru merupakan resipi kejayaan mereka. Di sini, jelas sekali bahawa mereka telah menggunakan konsep penyelidikan dan perkembangan (RND) bagi memenuhi citarasa para pelanggan. Dengan bertambahnya perisa dan pilihan, bertambah juga pelanggan-pelanggannya. Misalnya, lempeng ala Jepun yang pelbagai perisa telah dilancarkan 10 tahun yang lalu. Kemudian biskut Mr Bean dan ais krim kacang soya yang rendah lemak yang telah diiktiraf Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) mula dijual. Baru-baru ini, Mr Bean telah memperkenalkan air bandung dan cendol yang menggunakan kacang soya sebagai pengganti santan dan susu. Minuman-minuman ini sesuai bagi mereka yang mahu menjaga kesihatan sambil menikmati minuman kegemaran mereka.

Mr Bean juga telah merancang untuk mendapatkan status halal bagi kesemua 50 cawangan dalam masa akan datang. Ini untuk menghilangkan rasa was-was masyarakat Melayu/Islam di Singapura. Untuk mendapatkan sijil halal bagi kesemua cawangan memakan masa dan belanja dan banyak. Ini dianggap sebagai masalah sementara sahaja dan mereka sedang berusaha untuk mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa. Dengan sijil halal di kesemua cawangan, Mr Bean akan meraih manfaat dan menarik ramai pelanggan produk halal.

Namun, untuk berkembang pesat, syarikat Mr Bean memerlukan ongkos yang tinggi. Pada tahun 2004, Mr Bean membelanjakan sekitar $100,000 untuk membina sebuah cawangan di Terminal 1 di Changi Airport. Menurut pemiliknya, walaupun mahal dan berisiko, is sangat berbaloi kerana Mr Bean kini dapat dinikmati oleh pelanggan-pelanggan antarbangsa dan pulangannya semakin tinggi. Membuka cawangan di Changi Airport ialah satu pelaburan bagi Mr Bean kerana dapat memperluaskan nama syarikat itu. Mr Bean merancang untuk meluaskan perniagaan ke luar negara. Ia telah pun mendaftar di beberapa negara seperti Malaysia, Indonesia, United Kingdom, Australia dan Korea Selatan. Walaupun masalah ekonomi yang lembab telah menghambat proses mereka, Encik Kang masih bertekad untuk menjadikan syarikat Mr Bean standing dengan syarikat-syarikat lain yang bertaraf dunia.

Oleh kerana teknologi yang digunakan untuk menyiapkan makanan yang lebih bermutu, ia perlu melatih para pekerja yang digajikan. Mr Bean memperuntukkan wang yang banyak untuk melatih para pekerja supaya mereka lebih cekap dan berkebolehan. Seperti yang dikatakan oleh Encik Kang, syarikat Mr Bean menganggap kesemua pekerjanya sebagai berharga. Bilangan pekerja mereka sudah pun meningkat hingga ke lebih 420 orang.

Selain daripada berjaya menghasilkan keuntungan yang banyak, Mr Bean aktif dalam menyumbang kepada masyarakat dan menderma kepada pertubuhan amal. Ia telah berjaya untuk mengumpul sebanyak $26,000 bagi sekolah Austistik Pathlight. Mr Bean juga telah menlancarkan Operasi senyum atau Operation Smile. Operasi Senyum bertujuan untuk membantu mereka yang sumbing dan mempunyai tumbuhan di bahagian muka. Menurut Encik Kang, “falsafah kami adalah mudah. Kami ingin memberi balik kepada masyarakat, terutama yang susah dan memerlukan bantuan. Jika kami menolong orang lain, kami percaya kami akan dibalas berlipat kali ganda.”

Sekarang, tanggapan lama bahawa gerai-gerai menjual air dan dadih kacang soya hanya terdapat di pusat kedai makan sudah dilenyapkan. Ia telah menarik hati pelanggan dari semua peringkat usia walaupun bercanggah dengan tradisi. Maka tidak hairanlah syarikat Mr Bean mendapat sambutan hangat daripada masyarakat umum.



fffffffazleen.
5:06 AM




Fazleen Bte Karlan. 4L1. BPGHS.
hotmail
gmail




Setinggi tinggi penghargaan:
Adobe Photoshop v7.0
Imej latar belakang